Sejarah SK Gombang


View JBA5020 SK GOMBANG in a larger map

Sekolah Kebangsaan Gombang terletak di Kampung Gombang, Lenga, Muar. Nama kampung ini diambil sempena nama Pokok Gombang yang dahulunya banyak terdapat di sini.

Sekolah Kebangsaaan Gombang telah dibina oleh kerajaan pada tahun 1939 diatas sebidang tanah seluas 2e 3r 34p. Sekolah ini siap dibina pada akhir tahun 1939 dan mula digunakan pada tahun 1940 yang mengandungi empat aliran darjah seramai 45 orang murid dan 2 orang guru. Guru Besar yang pertama ialah Cikgu Hashim bin Othman.

Sekolah ini ditutup pada 8 Januari 1942 kerana peperangan Dunia Kedua bermula hingga tamat pemerintahan Jepun. Pada awal 1946, sekolah ini telah dibuka semula , hanya seorang guru sahaja yang diperuntukkan iaitu Cikgu Ibrahim bin Bero. Pada tahun 1947 , beliau diganti oleh Cikgu Abdul Wahab bin Mat Jenu sebagai Guru Besar yang kemudian ditambah dengan seorang guru lain sebagai guru pembantu. Masa berganti masa, guru besar silih berganti namun SK Gombang tetap berseri. Bangunan baru JKR 2936 yang berukuran 25 x 120 kaki dibina dalam tahun 1982 dan telah digunakan pada tahun 1983.

Sejarah alam pendidikan bermula tahun persekolahan 1994, sekolah ini memulakan kelas tahun 6 di mana sebelum ini murid tahun 6 belajar di SekKeb Kampung Baru, Lenga. Keputusan UPSR tahun pertama kurang menggalakkan di mana peratus lulus semua matpelajaran hanya 20 % sahaja.

Namun berkat usaha gigih semua warga SK Gombang, peningkatan demi peningkatan telah dicapai dan akhirnya keputusan keseluruhan matapelajaran 100% dan seorang pelajar telah mendapat 5A dalam semua matapelajaran pada UPSR tahun 2002. Murid tersebut, Ammarah bt Azme dan beliau merupakan pelajar yang memecahkan rekod untuk mendapat semua matapelajaran.

Pn Semah bt Paiman telah menjadi Guru Besar Wanita yang pertama di sekolah ini sejak Sekolah Kebangsaan Gombang ditubuhkan. Selepas berkhidmat selama lima tahun sejak tahun 2001 sehingga tahun 2006 beliau mengakhiri perkhidmatannya di sekolah ini dengan meletakkan SK.Gombang sebagai Sekolah Harapan Negara peringkat Negeri dan Kebangsaan Kategori Sekolah Kurang Murid. Jun 2006 En.Nava bin Ahmad Penolong Kanan 1 Sk.Bakri Batu 2 telah menggantikan beliau dan meneruskan usaha sehingga tercapainya Anugerah Sekolah Cemerlang Kategori Sekolah Kurang Murid pada tahun 2007.

Kini kecemerlangan sekolah pasti diteruskan oleh gandingan barisan pentadbir, guru-guru dan staf yang tidak kenal erti jemu.


Senarai Guru Besar SK Gombang

1. En. Hashim bin Hj.Othman (1939-1942)
2. En. Ibrahim bin Bero (1946-1947)
3. En. Abd Wahab bin Mat Jenu (1947-1948)
4. En. Wasim bin Umi (1948-1949)
5. En. Ismail bin Shafie (1949-1953)
6. En. Rahmat bin Abdullah (1953-1954)
7. En. Khairi bin Hj.Mustahir (1954-1955)
8. En. Awang bin Hj.Adam (1955-1962)
9. En. Abd Aziz bin Abd Ghani (1962-1983)
10. En. Md Saat bin Ahmad (1983-1991)
11. En. Rahmat bin Idris (1991-1992)
12. En. Mustafa bin Mokhtar (1992-1994)
13. Hj. Yunus bin Hj. Md Said (1994-1996)
14. En. Haris bin Hj.Hashim (1996-1997)
15. En. Shamsuddin bin Sarip (1997-1998)
16. En. Abd Aziz bin Talib (1998-2000)
17. En. Hjh Semah bte Hj. Paiman (2000-2006)
18. En. Nava bin Ahmad (2006-2007)
19. En. Latib bin Kiat (2007-2009)
20. Pn. Hjh. Normah bt. Hasshim (2009-sekarang)

AL-QURAN DAN HADITH